December 31, 2010

stupid jokes

jom bantai gelak...hahahaha

jokes 1 : kangaroo

Seekor kanggaru di Zoo Melaka sentiasa keluar dari kawasan kurungannya. Menyedari hal itu,
seorang pegawai menasihatkan seorang pekerja supaya membina pagar yang lebih tinggi.
Menyedari bahawa kanggaru itu tidak dapat melompat tinggi, pekerja itu memasang pagar
dengan ketinggian lima kaki.

Esoknya, pegawai itu menerima laporan bahawa kanggaru itu keluar dari kawasan kurungannya lagi.
Pegawai itu mengarahkan pekerjanya memasang pagar yang lebih tinggi lagi. Begitulah yang berlaku
setiap kali beliau mendapat laporan tentang kanggaru yang suka keluar dari kawasan kurungannya
itu. Sehingga cerita ini ditulis, sudah 30 kaki tinggi pagar kurungan kanggaru itu.

Esoknya kanggaru itu terlepas lagi. Pada sebelah petangnya, selepas kanggaru itu dimasukkan kembali
ke kawasan kurungannya, jiran sebelahnya iaitu seekor unta pun bertanya kepada kanggaru itu, "Agak-agak
kau sehingga berapa tinggi mereka akan memasang pagar ini?". Kanggaru itu menjawab, "Mungkin sehingga
beratus kaki, kecuali seseorang mengunci pintu pagar pada malam ini dan malam-malam seterusnya".


jokes 2 : 3 org mayat

 SATU HARI,ADE SORANG PEGAWAI POLIS DATANG KE SEBUAH HOSPITAL,

         DIE NENGOK ADE 3 MAYAT TERSENYUM,DIE TANYE KAT DOKTER 2 NAPE DIORANG SENYUM

         DOKTOR 2 CKAP....................

         ORANG 1:  MATI MASE BERNIKAH, DIE KENE SERANGAN JANTUNG SBAB,ALA FIRST KAN NIKAH.....

         ORANG2:  MATI MASE MENANG LOTERI,TENGAH2 MELONJAK-LONJAK 2,ADE ORANG BUNUH DIE hahahaha lawaknye.........

      ORANG3:  MATI KENE SAMBAR KILAT........

      aikkkkk ORANG KENE SAMBAR PUN SENYUMM...........KATA POLIS 2

        HAAH, DIE INGAT KAN OWANG NK TANGKAP GMBAR DIE....... KATE DOKTER 2

jokes 3 : pilot bodoh

Seorang Komander Menyuruh Pilot Untuk Menerbangkan Sebuah Helikopter.
Komander Bertanya: Mengapa Kita Terbang Rendah Sangat?
Pilot Pun Diam
Komander:Pergi Terbang Tinggi lagi!
Pilot Tersebut Pun Terbang Tinggi
Selepas Itu Mereka Terhempas Di Sebuah Pantai Berdekatan Dengan Sebuah Kampong
Penghulu Kampong:Mengapa Awak Terhempas?
Komander:Pilot Saya Tuu Bodoh Sangat Laa
Penghulu Kampong: Mengapa?
Komander:Saya Suruh Dia Terbang Tinggi -tinggi Tetapi Dia Mematikan Kipas Helikopter Kerana Di Atas Itu Sangat Sejuk
Penghulu Kampong: ooooh

jokes 4 : cemas

Seorang lelaki menalipon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab talipon lelaki tersebut.

Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"

Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"

Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"

Jururawat: "Erkkk..."

hahaha..dua2 ngokk!!

No comments:

Post a Comment